Reseptor rasa Umami

Semua tunas rasa pada lidah dan bahagian-bahagian lain mulut boleh mengesan rasa umami tidak kira dimana lokasi tunas-tunas rasa tersebut berada Biasa berlaku tanggapan salah terhadap peta lidah yang menunjukkan rasa-rasa berlainan yang tersebar pada bahagian-bahagian lidah yang berlainan.. Kajian-kajian biokimia telah mengenal pasti bahawa reseptor rasa yang bertanggungjawab bagi sensasi umami ialah suatu bentuk 4mGluR4mGluR1 dan reseptor rasa jenis 1 (T1R1 + T1R3) yang diubah, dan semuanya telah ditemui dalam tunas rasa dari mana-mana bahagian lidah. [27][28] [29] New York Academy of Sciences telah mengesahkan penerimaan reseptor-reseptor ini dengan menyatakan bahawa "Kajian-kajian biologi molekular kebelakangan ini telah mengenal pasti beberapa calon yang kuat untuk reseptor-reseptor umami, termasuk heterodimer T1R1/T1R3, dan reseptor glutamat metabotropic terpangkas jenis 1 dan 4 yang hilang kebanyakan domain luar sel N-terminalnya(taste-mGluR4 dan truncated-mGluR1) dan brain-mGluR4." [9][9] Reseptor mGluR1 dan mGluR4 adalah spesifik untuk glutamat manakala T1R1 + T1R3 bertanggungjawab terhadap sinergi yang telah diterangkan oleh Akira Kuninaka pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, peranan spesifik setiap jenis reseptor dalam sel-sel tunas rasa masih belum dapat dijelaskan sepenuhnya. Ia adalah reseptor-reseptorberganding protein G (GPCR) yang mempunyai molekul-molekul pengisyarat yang sama, yang termasuk beta gamma protein G, pembebasan berantarakan PLCb2 dan PI3 kalsium (Ca2+) daripada penyimpanan intrasel. [30] Ca2+ mengaktifkan saluran kation transient receptor potential melastatin 5 (TrpM5) terpilih yang membawa kepada penyahkutuban membran dan seterusnya pembebasan ATP dan perembesan neurotransmiter termasuk serotonin. [31] [32] [33] [34] Sel-sel yang bertindak balas terhadap stimuli umami tidak memiliki  sinaps yang biasa, tetapi ATP menyampaikan isyarat-isyarat rasa kepada saraf gustatori dan kemudiannya kepada otak yang mentafsir mengenalpasti kualiti rasa. [35] [36]

Rujukan

WikiPedia: Umami http://www.cbc.ca/news/background/senses/umami.htm... http://www.cell.com/retrieve/pii/S0092867403000710 http://www.foodprocessing.com/articles/2005/434.ht... http://www.merriam-webster.com/dictionary/umami http://www.nature.com/doifinder/10.1038/72053 http://www.nature.com/nature/journal/v444/n7117/fu... http://www.nydailynews.com/life-style/food/2010/02... http://www.nytimes.com/2004/08/15/magazine/the-way... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S...